Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Friday, December 23, 2011

Apa Jawapannya Salam 1Malaysia?


Saya telah beberapa kali ditanya mengenai apakah jawapannya jika seseorang memberikan ucapan "Salam 1Malaysia"?

Bagi seorang Islam, berikanlah ucapan Assalamualaikum dahulu dan kemudiannya ucapan Salam 1Malaysia. Bagi orang Islam, jawablah Waalaikumussalam dan ucapan 1Malaysia juga. Ini juga tidaklah salah dalam Islam kerana ia termasuk perkara adab "greetings". Jika memberikan ucapan kepada audien bukan Islam berilah ucapan Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Orang itu sepatutnya menjawab Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia juga. Bukankah bila selalu disebut-sebut, orang akan ingat dan menjadi sebati dasar kerajaan terkini ini? Insyaallah.

Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh YAB. Datuk Seri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia keenam untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dengan demikian, negara Malaysia akan menjadi lebih aman, progresif, sejahtera dan makmur. Konsep 1Malaysia membawa aspirasi menyatupadukan rakyat Malaysia dengan semangat perpaduan yang jitu melalui perasaan saling hormat-menghormati, saling memahami, keikhlasan dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Konsep 1Malaysia berpaksikan slogan yang diutarakan oleh YAB. Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Slogan ini membawa maksud bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam semua perkara yang diingini oleh rakyat Malaysia mengikut lunas-lunas perlembagaan dan menekankan prestasi serta pencapaian semua kakitangan dan jentera kerajaan di samping menekankan pentingnya perpaduan yang utuh di kalangan rakyat. Kerajaan juga menekankan kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat melalui pendekatan mesra-rakyat.

 
Rempuhan globalisasi negatif dan pengaruh modenisme memungkinkan masalah dan gejala sosial menjadi semakin kritikal. Kelompok belia merupakan di antara populasi terbesar dalam negara kita. Belia perlu memahami konsep 1Malaysia kerana mereka juga diharapkan bersatu padu sama ada melalui hubungan inter-etnik ataupun intra-etnik di samping membawa perubahan dalam kehidupan masing-masing. Kelompok belia juga diharapkan akan membawa peningkatan kepada kualiti hidup rakyat Malaysia.  

Kelompok belia juga merupakan generasi bakal pewaris kepimpinan negara. Sebab itu, sebelum kelompok belia pergi lebih jauh, mereka perlu memahami konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan diyakini konsep ini akan menjana satu transformasi yang ketara dalam konteks perpaduan, solidariti, kemajuan dan pembangunan negara.





Wawancara Dengan BERNAMA: Hijrah Dan Transformasi Tuju Matlamat Serupa Jadikan Keadaan Lebih Baik 24 November, 2011 12:15 PM

Hijrah Dan Transformasi Tuju Matlamat Serupa Jadikan Keadaan Lebih Baik

Oleh Mohd Yusof Saari

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ahad ini, umat Islam akan menyambut kedatangan Muharam menandakan tibanya tahun 1433 Hijrah, yang mengingatkan mereka kepada penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah 1,389 tahun yang lepas.

Banyak pengajaran boleh diambil daripada peristiwa hijrah Rasulullah dan para sahabat pada 20 Sept tahun 622 Masihi itu yang menjurus kepada pengukuhan dan peningkatan iman, takwa dan pasrah Baginda serta kelompok kecil pengikutnya kepada Allah SWT yang akhirnya mewujudkan sebuah tamadun manusia tersohor.

Istilah hijrah dan transformasi sebenarnya berdiri di atas semangat, konsep dan tujuan yang sama iaitu membawa masyarakat ke arah kehidupan lebih baik.

Justeru, penting bagi semua umat manusia khususnya masyarakat Islam di Malaysia mengangkat peristiwa bersejarah yang menjadi titik permulaan dalam kalendar Islam itu dikaji, dikembang dan diterapkan dalam kehidupan seharian.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah merupakan tindakan pelan jangka panjang berstrategi, yang mencetuskan transformasi besar melalui pembentukan Piagam Madinah.

Ia seterusnya menginjakkan komuniti yang sebelumnya mundur menjadi sebuah masyarakat yang maju, proaktif dan saling menghormati.

Katanya berdasarkan semangat hijrah, sokongan seharusnya diberi kepada pelan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Bagi Nik Mustapha, segala usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat yang terkandung dalam program transformasi adalah menepati makna, semangat dan matlamat hijrah.

Katanya persamaan semangat itu juga dinyatakan menerusi cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020 yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1992, cuma ketika ini apa yang dilaksanakan kerajaan terkandung dalam satu istilah -- transformasi.

Dr Amini Amir Abdullah, dari Universiti Putra Malaysia (UPM), pula berpendapat masyarakat tidak harus keliru dan melihat hijrah dalam erti kata perpindahan semata-mata, sebaliknya ia perlu dianggap sebagai perintah Allah dalam merancang dan mentransformasi kehidupan bermasyarakat.

Dr Amini, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan UPM, berkata usaha pembangunan yang sedang dilakukan kerajaan adalah satu bentuk transformasi yang disunahkan Rasulullah sejak sekian lama, cuma pengertiannya telah dikembangkan berdasarkan keadaan semasa.

Menurut beliau, transformasi yang dilakukan kerajaan ketika ini adalah anjakan paradigma dalam konteks ekonomi dan kehidupan, satu percambahan makna terhadap pengertian asal hijrah yang dicetuskan Rasulullah dan para sahabat Baginda.

Katanya iktibar daripada pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sehingga Islam berjaya dikembangkan merupakan model yang perlu dicontohi dan diteruskan.

Cuma pengertian di sebalik konsep hijrah itu perlu diberi nafas baru dengan suntikan elemen transformasi lebih menyeluruh termasuk pembangunan fizikal negara, kata Dr Amini.

"Dulu hijrah selalu kita lihat sebagai perpindahan dari Mekah ke Madinah sahaja, namun dalam pengertian lebih luas sekarang ini, ia boleh disebut sebagai transformasi yang mana matlamatnya adalah sama iaitu mengubah taraf kehidupan daripada baik kepada keadaan lebih baik," katanya.

-- BERNAMA

Friday, December 9, 2011

Berhati-hatilah Dengan Ancaman Zionisme (Suara Pusat Islam; 18 dan 25 November 2011, 2 dan 9 Disember 2011)

Berhati-hatilah Dengan Ancaman Zionisme
Dr. Amini Amir Abdullah

Para pembaca patut membeli sebuah buku terkini mengenai Zionisme yang ditulis oleh Profesor Gilbert Achcar (2010) yang berjudul ”The Arabs and the Holocaust: The Arab-Israeli War of Narratives”. Buku Achhar menjelaskan asal-usul Zionisme, anti-Semitisme, layanan Nazi terhadap orang-orang Yahudi dan Peristiwa Holocaust bermula dari Perang Dunia Pertama hinggalah kini.

Apa yang menarik mengenai buku ini ialah kritikan terhadap orientalis ternama Bernard Lewis yang telah banyak mengupas mengenai sejarah Nazi dan anti Semitisme Arab. Bernard Lewis juga terkenal sebagai seorang orientalis yang banyak menipu mengenai maklumat Islam. Bernard Lewis juga mengganggap bahawa orang-orang Arab sebagai pro dan sekutu Nazi. Hal ini tidaklah menghairankan kerana Lewis juga adalah seorang Yahudi. Tuduhan ini juga adalah satu bentuk tuduhan anti Semitisme berlabel baharu.

Tuduhan Lewis bahawa orang-orang Arab sebagai pro Nazi adalah salah walaupun Nazi banyak melakukan kezaliman terhadap orang-orang Yahudi. Menurut Gilbert Achcar, akhbar-akhbar Arab pada tahun 30an dan 40an didapati menolak kekejaman Nazi dan ini membuktikan bahawa orang-orang Arab sebagai bukannya pro-Nazi dan tidak pula menyebelahi orang-orang Yahudi. Di kalangan fundamentalis, ramai yang anti-Seminitisme terutamanya selepas tertegaknya negara haram Yahudi-Israel pada tahun 1948.

Teori konspirasi mengenai Yahudisme banyak yang impot dari Amerika Syarikat. Kekejaman Yahudi di Palestin dipandang sebelah mata oleh Barat manakala pada masa yang sama mereka menghasilkan teori konspirasi Yahudisme untuk menutup kekejaman orang-orang Yahudi terhadap orang-orang Arab khususnya orang Palestin. Jika kita teliti, Kristianiti lebih menunjukkan sikap berhati-hati dengan orang Yahudi berbanding dengan Islam. Tetapi dari segi praktiknya, ini tidak berlaku dalam amalan mereka.

Sikap anti Arab di kalangan penduduk Israel adalah kerana Israel telah menyuntik jarum secara halus dalam sistem pendidikan negara dan kaedah-kaedah rasmi yang lain. Ini juga membawa kepada konflik Arab-Israel yang berpanjangan kerana rakyat Israel diajar membenci orang-orang Arab. Perkara ini juga adalah pelik kerana Yahudi yang sebenarnya merampas tanah-tanah milik orang Palestin dan bukannya orang Palestin yang merampas tanah Yahudi.

Peristiwa Holocaust (Shoah) yang digembar-gemburkan oleh Barat sebagai kekejaman terhadap Yahudi sebenarnya adalah masalah Barat dan bukannya ditimbulkan oleh orang Islam. Kesan daripada itu, orang-orang Yahudi Barat berpindah ke tanah Arab dan membentuk negara haram Israel. Peristiwa itu berakhir pada tahun 1945, akan tetapi penderitaan yang dialami oleh orang-orang Palestin tidak pernah berkesudahan. Jadi, bagaimanakah perdamaian dapat dicapai jika kedua-dua belah pihak mempunyai pengalaman yang tidak seimbang?

Kita harus sedar bahawa apa yang tercatat mengenai negara haram Israel dalam Piagam HAMAS dan Manifesto Hezbollah adalah perasaan marah yang meluap-luap terhadap Israel dan Yahudi. Ramai juga yang menganggap bahawa piagam dan manifesto itu mempunyai elemen anti Semitisme. Ini tidaklah menghairankan memandangkan kekejaman dan kezaliman yang sangat luar biasa yang dilakukan oleh orang Yahudi terhadap orang Islam Arab. Sebenarnya, kebangkitan fundamentalisme Islam di negara Arab pada tahun 50an dan 60an banyak dibiayai oleh Amerika sendiri.

Eloklah jika kita telesuri semula sejarah Zionisme agar kita dapat faham keseluruhan konteks historiografi dan permasalahan. Bangsa Yahudi atau Bani Israel adalah di antara bangsa-bangsa yang sering disebut di dalam Al-Quran. Sebilangan nabi dan Rasul telah diutuskan kepada bangsa Yahudi atau Bani Israel untuk membawa mereka kepada kebenaran dan kisah ini banyak diceritakan di dalam al-Quran. Tetapi bangsa Yahudi adalah satu kaum yang sangat degil dan keras hati. Syariat yang dibawa oleh para nabi dan rasul itu bukan sahaja ditolak malah mereka turut dimusuhi dan ada di antaranya yang dibunuh oleh Bani Israel. Di dalam Al-Quran (Surah Al-Isra’) diterangkan perihal kaum Yahudi Bani Israel yang sentiasa menderhaka kepada Allah s.w.t. dan bertindak ganas kepada umat manusia, dan kerana itulah mereka telah menerima kehancuran di Palestin (kali yang pertama di tangan raja Babylon dan kali yang kedua di tangan Raja Rom). Lalu diberi amaran selagi mereka menderhaka dan menceroboh maka selama itulah juga Allah akan menggerakkan umat-umat yang lain untuk menyerang, memburu dan menghancurkan mereka. Bagi umat Islam, kisah Bani Israel di dalam Al-Quran adalah sebagai tamthil dan teladan mengenai nasib hamba-hambanya yang engkar, takbur dan menentang perintahNya.

Menurut Ismail R. al-Faruqi, zionisme adalah satu gerakan yang dicetuskan oleh Theodor Herzl sesudah mengalami kekecewaan dalam peristiwa Dreyfus. Gerakan ini mempunyai perencanaan untuk mengubah Palestin dan wilayah-wilayah bersebelahan dengannya menjadi sebuah negara Yahudi “...sebagai milik Yahudi bagaikan Tanah Inggeris (England) yang menjadi milik (orang) Inggeris” walau dengan apa cara sekalipun. Dikatakan juga, cita-cita expansionisme Zionis bukanlah semata-mata untuk menubuhkan negara di Palestin malahan para pendokong Zionisme telah melukiskan satu “Negara Besar” yang sempadan-nya di sebelah Barat ialah Sungai Nil termasuk separuh negeri Mesir dan sempadan di sebelah Timurnya ialah Sungai Furat hingga ke Baghdad.

Apabila kerajaan Turki Othmaniah berkuasa, mereka telah berjaya menguasai Mesir dan negara-negara Arab lain termasuk Palestin pada tahun 1517M. Palestin berada di bawah kekuasaan Turki selama 200 tahun sehinggalah Napoleon Bonarpate menyerangnya pada tahun 1799 tetapi serangan itu gagal. Apabila Turki kalah kepada tentera Barat di dalam Peperangan Dunia Pertama, Palestin berada di tangan negara-negara sekutu Barat sejak tahun 1918. Wilayah-wilayah Arab termasuk Palestin telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kuasa bersekutu dan yang lainnya kepada ketua-ketua negara Arab dan dijanjikan kemerdekaan. Palestin-Iraq diletakkan di bawah mandat Britain.

Orang-orang Yahudi cukup bijak mengatur strategi untuk menjalankan dasar imigran mereka. Penghijrahan mereka secara haram ke Palestin dan mendudukinya tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak. Di antara tahun 1904 hingga tahun 1914, 40,000 orang Yahudi yang kebanyakannya daripada Russia berhijrah ke Palestin. Jumlah penduduk Yahudi di Palestin meningkat kepada 80,000 orang. Jumlah ini merupakan 1/8 daripada keseluruhan penduduk Palestin ketika itu. Imigran-imigran itu memegang prinsip untuk menubuhkan tanahair dan memakmurkan bumi yang mengalirkan susu dan madu setelah ia diabaikan semenjak terusirnya nenek moyang mereka dari bumi itu.

Teknologi persenjataan nuklear Israel bermula sejak tahun 1949 lagi. Perdana Menterinya yang pertama, David Ben Gorian enggan untuk membenarkan saintis nuklear Yahudi daripada tinggal di Perancis melainkan sekiranya pihak Perancis bersedia menghulurkan bantuan teknologi nuklearnya kepada Israel. Kemudiannya pihak Perancis telah membina reaktor nuklear di padang pasir Naqab yang mempunyai tenaga sebanyak 24 ribu kilowatt. Pihak Amerika Syarikat turut membangunkan teknologi nuklear Israel dengan menghantar Dr. Obenheimer (yang dikenali sebagai ‘bapa bom atom’) yang bekerja dan mengajar di Institut Nuklear Weizmann. Obheimer juga merupakan ketua saintis yang bertanggungungjawab menghasilkan bom atom yang memusnahkan Hiroshima dan dan Nagasaki.

Pihak Zionis juga mempunyai hubungan dengan Belgium, England dan Afrika Selatan dalam membekalkan uranium sebagai satu bahan utama di dalam pembuatan bom nuklear dan atom. Menurut sumber-sumber Amerika Syarikat, pihak Zionis Israel memiliki 15 bom nuklear yang mampu dilancarkan ke Bandar-bandar utama Arab malahan hingga menjangkau ke negara-negara Islam yang lain. Pihak Israel juga telah mencipta sebuah bom nuklear dengan bantuan Perancis yang bernama ‘Ariha’ yang mampu dilancarkan sejauh 2000 kilometer.

Ketika Israel sedang hebat memperbaharui teknologi nuklearnya, teknologi nuklear negara Arab dihalang daripada terus diperkembangkan. Israel telah menyerang dan memusnahkan reaktor nuklear Iraq pada bulan Julai 1981 dan dalam Perang Teluk 1990. Seorang saintis atom yang masyhur berketurunan Arab telah dibunuh di Paris pada tahun 1980. Libya dan Pakistan telah dihalang daripada memajukan teknologi nuklear mereka. Terkini, Iran pula sedang ditekan hebat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya kononnya kerana membangunkan teknologi senjata nuklear. Negara Islam yang mempunyai reaktor nuklear telah mengadakan perjanjian menghadkan tenaga nuklear sedangkan Israel pula enggan menyertainya dan berbincang mengenainya. Negara-negara Islam perlu mengemaskinikan teknologi dan persenjataan nuklear mereka dalam usaha mengimbangi kekuatan nuklear Israel. Seorang penulis telah membuat rumusan seperti berikut:

“Due to this reason, Islamic states must work hard to acquire nuclear capacities, because without them the Zionist nuclear weapons won’t be destroyed. However the decision which wasn’t taken by the Zionist enemy at the last moment in October 24, 1973 might be reconsidered in the future when the Islamic fits gets harder. The formation of an Islamic nuclear weapon establishes a balance of terror with the Zionist enemy, make its weapon important and prevents it from threatening and blackmailing the Arab states.”

(Atas sebab ini, negara-negara Islam mesti bekerja keras untuk menghasilkan keupayaan kekuatan nuklear sebab tanpa keupayaan ini, senjata-senjata nuklear Zionis tidak akan dapat dimusnahkan. Walau bagaimanapun, keputusan yang tidak diambil oleh musuh Zionis pada saat akhir pada 24 Oktober 1973 boleh dipertimbangkan semula pada masa hadapan apabila kekuatan Islam semakin terserlah. Pembentukan senjata nuklear Islam akan mewujudkan keseimbangan dengan kekuatan senjata Zionis. Oleh yang demikian, senjata itu akan menjadi penting dan mencegah Zionis daripada mengancam dan memeras ugut negara-negara Arab.)

Thursday, December 8, 2011

Spiritual Development Through Volunteerism

Paper presented in International Symposium on Volunteerism as Catalyst for Nation Building, 27th – 30th November 2011, Dewan Kampo, International Youth Center, Kuala Lumpur, Malaysia, organized by International Youth Center , Ministry of Youth and Sports Malaysia and, Universiti Putra Malaysia with the cooperation of World Assembly of Youth, World Youth Foundation, Committee for ASEAN Youth Cooperation and Malaysian Youth Council.


DEFINITION
•Volunteering comes from the word voluntary.
•People who work voluntarily in any capacity and social development services is called a volunteer.
•Volunteering involves work or action with sincerity and without being directed or instructed.

Volunteering means action
•Facts on Volunteerism
•Volunteer work usually done in the form of a group or organization.
•Volunteering as a group and organization is more effective because of the concept of:
•i. mutual assistance,
•ii. cooperation in groups (esprit de corps) and
•iii. mutual understanding.

Volunteerism in the context of Islam
•The attitude and spirit of volunteerism, mutual help and cooperation is holy in the sight of Allah provided it is accompanied with sincerity of heart and true intention of heart.

Key elements of volunteerism
•1. Sacrifice of time, energy and feelings
• 2. Sacrifice of comfort
• 3. Provide transformation and benefits to individuals, community or religion.
• 4. Volunteer, be happy and honest.
• 5. No personal interest
•6. No material goals.
•7. Best practices.

Volunteerism Needs Strength and Power!!

Why Becoming Volunteer?
•Religious reasons.
•Altruistic reasons.
•Social needs.
•To gain experience or remuneration for personal use.
•There are those who want them to be useful to society.
•Volunteerism and Expectation

Volunteer work does not expect any:
i.remuneration,
ii.reward,
iii.praise or
iv.profit except for the pleasure of Allah.

Leadership and Volunteerism
•Training and Encouragement: to enhance their leadership skills, intelligence, physical and mental resilience.
•Motivation and Encouragement: to carry out charity work from time to time.
•Personal character: to believe strongly in religion, discipline and responsibility. Willingness and sincerity of heart above all else.

Always Ready
•The volunteers must stand ready at any time and place to provide the best service and quality to those in need.
•They also must have a high sense of responsibility and trust.
•Serve either in charity work and humanitarian assistance at any time and any place.

Qualities of Volunteers
•Volunteers must demonstrate moral excellence, positive social behavior, competent and high personality.
•Volunteers must demonstrate exemplary character (mahmudah) and avoid the wrong things and morals (mazmumah)as well as temperament.
•Demonstrate also personality of civilized manners in accordance with religious teachings.
•Volunteers must constantly strive to improve themselves either in:
•i. academic excellence
•ii. integrity,
•iii. emotional and mental, physical and spiritual advancement
•iv. practice and inculcate good values
•v. positive, proactive, self motivated, and self-reliance.
•vi.tolerance, patience and diligence
vii. high morale
viii.not easily give up
ix.not leave it to fate alone.
x.always firmly dealing with any challenges in this era of globalization.

Qualities of Volunteers
•The qualities of volunteers are those who have:
•i. the willingness to sacrifice time, feelings, energy, and comfort.
•ii. always establish good and harmonious relations, cooperation and understanding between each other
•iii. should also be involved in community work and social development.
•iv. In short, they are people who are willing to help anyone in need.

Spiritual Advancement

Conclusion
•People who joins the volunteer team or individual involved in voluntary activities has its own uniqueness.
•It adopts the attitude and spirit of learning and self satisfaction.
•It can nurture the spirit and attitude of cooperation, mutual assistance and cooperation.

Thursday, September 15, 2011

Ideologi Komunisme Amat Merbahaya (Suara Pusat islam UPM, 16 September 2011)



Dua pendokong utama ideologi komunisme ialah Karl Marx dan Frederick Engels. Idea Marx dan Engels banyak kedapatan dalam karya mereka “Manifesto of the Communist Party” yang ditulis pada asalnya dalam bahasa Jerman di antara bulan Disember 1847 dan bulan Januari 1848. Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan dalam bentuk pamphlet di London pada bulan Februari 1848. “Manifesto of the Communist Party” asalnya adalah sebuah manifesto dan kemudiannya dibukukan dengan diberikan beberapa penambahbaikan.

“Manifesto of the Communist Party” telah diterjemahkan secara langsung daripada teks Jerman pada tahun 1888 dalam bentuk buku dan diedit oleh Frederick Engels. Buku terjemahan inilah yang menjadi analisa kita pada hari ini yang diterbitkan oleh Foreign Language Press di Peking, China pada tahun 1977. “Manifesto of the Communist Party” mempunyai edisi beberapa buah negara dan diterbitkan dalam tahun yang berbeza-beza. Sebagai contoh, terdapat edisi Jerman yang diterbitkan pada tahun 1872, edisi Rusia (1882), edisi Jerman lagi (1883), edisi Inggeris (1888), edisi Jerman (1890), edisi Poland (1892) dan edisi Itali (1893).

Edisi-edisi ini juga mempunyai prakata yang ditulis oleh Marx dan Engels. Tidak ada sebuah bukupun di dunia yang mempunyai edisi dan prakata sebanyak buku ini. Setiap prakata hampir mempunyai persamaan kecuali beberapa perubahan yang dilakukan oleh Marx dan Engels. Marx dan Engels menulis prakata secara bersama untuk edisi Jerman (1872), edisi Rusia (1882), dan edisi Jerman semula (1890). Kecuali edisi-edisi ini, bahagian prakata yang lain ditulis oleh Engels secara bersendirian.

Idea Marx dan Engels dalam buku ini cukup mudah untuk difahami. Mereka mengemukakan idea perjuangan kelas dan pertentangan kelas antara dua kelompok terbesar dalam sesebuah negara iaitu kelas Bourgeoisie dan kelas Proletariat. Menurut Marx, sepanjang sejarah tamadun manusia, ia diwarnai oleh sejarah perjuangan kelas, pertentangan antara kelompok pengeksploit dan yang dieksploit, serta kelompok pemerintah dengan kelompok yang dizalimi. Sejarah perjuangan dan pertentangan kelas ini telah membentuk evolusi yang telah mencapai satu tahap di mana kelompok Protelariat selaku kelompok yang dieksploitasi dan dizalimi tidak dapat mencapai pembebasan daripada cengkaman kelompok pengeksploitasi dan kelas pemerintah.

Apa yang diperjuangkan oleh Marx ialah emansipasi masyarakat keseluruhannya daripada segala eksploitasi, kezaliman, perbezaan kelas dan pertentangan kelas. Perlu dinyatakan di sini bahawa buku “Manifesto of the Communist Party” ini bermula dengan slogan “Workers of All Countries, Unite!” dan diakhiri dengan slogan “Working Men of All Countries, Unite!”. Slogan ini merupakan propaganda Marx untuk mengajak penduduk kelas Proletariat memberontak, melakukan keganasan dan melakukan tindakan agresif terhadap kelompok Bourgeoisie. Bukan sekadar itu sahaja, Marx juga berpendapat: “In short, the communists everywhere support every revolutionary movement against the existing social and political order of things.” (Ringkasnya, para anggota komunis di mana-mana sahaja menyokong gerakan revolusi terhadap pemerintahan politik dan sosial.)

Antara lain, Marx berhujah lagi: “The Communist disdain to conceal their views and aims. They openly declare that their ends can be attained only by the forcible overthrow of all existing social conditions. Let the ruling classes tremble at a Communistic revolution. The Proletarians have nothing to lose but their chains. They have a world to win”. (Pihak komunis tetap akan mempertahankan pandangan-pandangan dan matlamat mereka. Mereka secara terbuka mengishtiharkan bahawa matlamat mereka boleh dicapai hanya melalui paksaan dengan menyingkirkan semua keadaan sosial (yang berat sebelah). Biarlah kelas pemerintah (Bourgeoisie) tersungkur di kaki Revolusi Komunis. Kelas Proletariat tidak kehilangan apa-apa kerana mereka mempunyai dunia untuk dimenangi dan dikuasai.) Inilah juga merupakan indoktrinasi komunisme terhadap masyarakat sedunia khususnya di kalangan golongan pekerja, petani dan rakyat berbanding pemodal, pemilik tanah dan pemerintah. Apakah kita mahu Revolusi Komunis dalam negara kita? Tentunya tidak mengenangkan keganasan mereka terhadap tentera, polis dan rakyat negara ini. Banyak jiwa yang terkorban dan harta benda yang musnah dek kerana pengganas komunis. Sebab itu, komunisme amat merbahaya!!!

Pada 5 Jun 2009, saya telah menulis dalam ruangan ini satu artikel berjudul “Komunisme Bertentangan Dengan Islam”. Amat moleklah jika kita tinjau semula nukilan saya itu. Komunisme adalah satu fahaman, falsafah politik dan ideologi yang berpegang kepada satu aliran pemikiran bahawa pengeluaran sumber-sumber (alam) secara kolektif adalah milik bersama. Komunis bertitik tolak daripada fahaman Marxis, Lenin dan Maois sebagai ketua ideologi. Istilah komunisme juga merujuk kepada sebarang sistem sosial dan politik yang memperjuangkan falsafah politik komunis. Komunisme sebagai satu fahaman mengutamakan matlamat menghalalkan cara hatta dengan menggunakan kaedah keganasan ataupun peperangan. Kebiasaannya komunisme mempunyai perkaitan dengan sosialisme, Marxisme, Leninisme dan Maoisme. Fahaman komunisme muncul di Eropah pada pertengahan abad ke 19 kerana perasaan tidak puas hati terhadap polisi, dasar dan sistem pemerintahan Eropah dan kemudiannya menjadi begitu berpengaruh kerana mendapat sokongan rakyat jelata yang tertindas terutama di kalangan masyarakat bawahan.

Fahaman komunis berkait rapat dengan atheisme iaitu satu fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan atau kuasa agung. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan mulhid. Bahkan boleh dikatakan benar juga bahawa atheisme berkait rapat dengan sekularisme. Ramai manusia sekarang ini mengaku mereka tidak bertuhan dan ada juga yang mengaku sebagai free thinker. Kemerbahayaan atheisme sudah mula menapak. 15% penduduk dunia dikatakan berfahaman atheis. Orang atheis tidak percayakan kewujudan Tuhan. Dalam konteks Malaysia, orang atheis tidak layak untuk menjadi warganegara negara ini kerana berlawanan dengan semangat dan falsafah Rukun Negara yang menyatakan kepercayaan kepada Tuhan sebagai tunggak utamanya.

Fahaman komunis juga percaya bahawa kehidupan tidak berkait dengan kerohanian dan keagamaan. Justeru, mereka berpegang kepada fahaman materialisme bahawa material itu menentukan segala-galanya dan agama tidak mempunyai signifikan dalam kehidupan. Komunisme juga menafikan hak milik individu dalam sesebua Negara berkaitan dengan aset, harta, tanah, bangunan dan seumpamanya. Mereka menyatakan bahawa dalam sesebuah negara, semua elemen ini adalah milik negara ataupun pemerintah.

Pihak komunis juga percaya bahawa semua hasil bumi dan sumber-sumber alam dalam sesebuah negara adalah hak milik negara dan bukannya individu. Komunisme juga mengagung-agungkan teori Lenin mengenai gaji bahawa seseorang boleh berusaha mencari duit mengikut kemampuannya tetapi mesti diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka juga mengagung-agungkan prinsip Machiavelli iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’.

Di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 bertitik tolak daripada fahaman Maoisme dan Marxisme yang memperjuangkan keganasan dan kemusnahan dalam ideologi mereka. Ramai yang tertarik dengan “gula-gula” komunis kononnya kerajaan menindas dan menzalimi serta mengambil hak mereka. Perang saraf yang didogmakan oleh komunis berjaya mendapatkan 10,000 ahli dalam tempoh empat tahun sesudah ia ditubuhkan. PKM telah melakukan tindakan-tindakan radikal dan melampau yang melibatkan banyak kerugian, kemusnahan harta benda dan kematian jiwa. Adakah kita patut bertolak ansur dengan mereka yang melakukan keganasan dan pembunuhan selama 59 tahun dalam negara kita Tanah Melayu ini?





Apakah Kita Telah Lulus Dalam “Universiti Ramadan”? (Suara Pusat Islam UPM, 26 Ogos 2011)

Apakah Kita Telah Lulus Dalam “Universiti Ramadan”? (Suara Pusat Islam UPM, 26 Ogos 2011)


Ramadan adalah bulan rahmat, keampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Namun demikian ramai dari kalangan kita yang tidak mengetahui apakah kesan yang terbaik yang kita dapati hasil dari pentarbiahan diri selama sebulan dalam “Universiti Ramadan”. Dengar ertikata lain, apakah impak dan end result Ramadan kepada kita? Adakah takwa dan iman kita semakin meningkat? Apakah kita menjadi semakin berdisplin dan berkualiti? Adakah keinsafan dan kesedaran kita meningkat untuk menolong para fakir dan miskin? Apakah kita sudah boleh mengatasi pemborosan dan pembaziran? Adakah kita boleh selalu ke masjid dan ke surau seperti yang kita lakukan di setiap malam dalam bulan Ramadan? Apakah kita boleh berjaga malam melakukan aktiviti solat tahajud dan qiamullail untuk meningkatkan keimanan kita? Apakah kita boleh mengekang hawa nafsu dan syahwat kita? Apakah gred yang kita perolehi dalam “Universiti Ramadan”; kelas pertama, kelas kedua, kelas ketiga, general degree atau gagal sepenuhnya?

Semua soalan ini adalah impak kepada amalan kita dalam bulan Ramadan. Peningkatan amal patut dilakukan pada bulan Ramadan kerana sangat besar keistimewaannya melakukan amal ibadah pada bulan ini. Di antara kesan yang akan dapat diperolehi bagi mukmin yang benar-benar menghayati erti Ramadan ialah menimbulkan perasaan belas kasihan dan kasih sayang kepada fakir miskin, anak yatim dan orang-orang yang kurang upaya, membentuk sifat esprit de corp dalam keluarga dengan solat berjemaah, makan dan beribadah bersama-sama bagi membina keluarga sakinah dan bahagia, membiasakan diri dengan amal kebajikan dan menahan diri daripada terjatuh ke lembah maksiat dan dosa, memelihara dan menjana sifat amanah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya serta memupuk semangat persaudaraan Islam dan membentuk perpaduan serta kekuatan ummah.

Berbuatlah ibadah sepanjang hayat kerana sebaik-baik bekalan yang akan kita bawa adalah ketakwaan kepada Ilahi. Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ `Ulumuddin mengkategorikan orang yang berpuasa itu kepada tiga golongan, iaitu: Puasa golongan awam, iaitu orang yang hanya menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh sahaja, kedua, puasa golongan Ahlul Khawas, iaitu orang yang menahan dirinya dari makan dan minum serta syahwatnya kerana Allah dengan mengharapkan keampunan dan syurga atau terhindar dari neraka dan ketiga, puasa golongan Khawasul Khawas (atau Ahlul Ma’rifat), iaitu orang yang menahan diri dari makan dan minum serta syahwat juga menahan hati dan segala pancaindera daripada segala yang tidak disukai Allah s.w.t. kerana semata-mata mengharapkan keredaan Allah s.w.t. sahaja.

Pantang larang orang yang berpuasa perlukan disiplin yang kuat untuk dihindari. Antaranya ialah menundukkan dan menahan mata daripada melihat perkara yang tercela dan dimurkai Allah di samping menjaganya daripada melihat perkara yang melalaikan hati daripada mengingati Allah. Sentiasalah menjaga lidah daripada menipu, mengumpat, mencela, mengutuk, memburukkan orang lain atau melaga-lagakan mereka serta menyanyi nyanyian yang melalaikan diri kita daripada mengingati Allah. Kita hendaklah senyap dan memperbanyakkan mengingati Allah dan banyak membaca al-Quran serta berzikir. Jangan lupa menahan pendengaran daripada mendengar perkara yang dilarang kerana setiap apa yang diharamkan mengeluarkannya daripada mulut maka ia turut diharamkan daripada mendengarnya. Sebab itulah Allah menyamakan mereka yang mendengar perkara maksiat dengan mereka yang memakan perkara haram. Orang yangt berpuasa sebenar-benarnya menahan segala anggota yang lain iaitu tangan dan kaki daripada maksiat dan dosa serta menahan perut daripada memakan perkara syubhat atau haram ketika berbuka. Janganlah kita terlalu banyak makan sekali pun halal sehingga tersumbat lubang pernafasannya kerana Allah begitu murka mereka yang terlalu banyak makan. Peliharalah hati kita sentiasa terikat kepada perasaan antara khauf (takut) dan raja' (terlalu mengharap) di mana hati kita sentiasa memainkan persoalan sama ada puasa kita diterima sebagai orang yang hampir kepada Allah atau pun ditolak kerana kita termasuk dalam golongan mereka yang cuai dalam beribadat. Kita sepatutnya tidak malas menjalankan ibadah-ibadah sunat di bulan Ramadan. Jadilah seorang yang pemurah dan suka bersedekah dan jangan bakhil pada harta benda. Rajin-rajinlah membaca al-Quran dan kikiskan sifat senang menjadi pemarah. Buangkan tabiat gemar berbicara perkara yang sia-sia dan dusta serta memutuskan tali silaturrahim. Jangan khianati amanah dan pertingkatkan solat berjemaah selalu. Kurangkan kebergantungan yang keterlaluan kepada makhluk dan sentiasalah membela dan menegakkan kebenaran. Mengadulah selalu kepada Allah. Pertingkatkan kekuatan bangsa dan jangan salah faham terhadap falsafah Ramadan. Janganlah menjadi terlalu sibuk mempersiapkan Aidilfitri hingga terabai ibadah Ramadan.

Aidilfitri Memperkasa Perpaduan (Suara Pusat Islam UPM, 2 September 2011)

Aidilfitri Memperkasa Perpaduan (Suara Pusat Islam UPM, 2 September 2011)


Ramadan dianggap bulan tarbiah di mana selama sebulan jiwa, ruh dan hati umat benar-benar telah terasah dengan amal-amal kebajikan untuk lebih dapat meningkatkan kualiti takwa yang sudah diperolehi sepanjang beribadah di bulan Ramadan. Setelah bersusah payah berpuasa di bulan Ramadan menahan lapar dan dahaga, kita menyambut pula Hari Raya Aidilfitri iaitu hari yang diharamkan berpuasa dan kita menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. melalui bertakbir dan bertahmid sejak malam hari raya hingga menjelang solat sunat Aidilfitri, mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri, solat sunat Aidilfitri 2 rakaat dan mendengar khutbah. Selepas itu hendaklah bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi antara satu dengan lain. Adalah sunat menjamu tetamu termasuk fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim. Tidaklah dilarang untuk menjemput rakan-rakan bukan Islam untuk bertandang ke rumah bagi menjamah juadah hari raya. Ini adalah amalan yang baik untuk merealisasikan konsep 1Malaysia dan integrasi nasional. Amalan ini baik juga untuk pemantapan hubungan etnik dalam negara kita.

Semoga Syawal ini menginsafkan kita agar sentiasa mengingati nikmat dan rahmat Allah serta mempertingkatkan amal ibadah, memperbanyakkan bertaubat dan mengambil inisiatif mengeratkan perpaduan serta silaturrahim sesama kita. Saat ini umat Islam di mana sahaja masih dalam suasana gembira menyambut Aidilfitri dengan menganjurkan berbagai kegiatan seperti majlis rumah terbuka, tradisi kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan. Dalam kegembiraan dan kemeriahan kita berhari raya, janganlah kita lupa kepada saudara-saudara seagama kita yang menyambut Aidilfitri dalam kesedihan, tekanan dan linangan air mata akibat peperangan, kacau-bilau dan kemiskinan seperti yang berlaku di Semenanjung Gaza, Iraq, Palestin dan Afghanistan. Kita rakyat Malaysia memang amat bertuah kerana Allah s.w.t. mengurniakan kita dengan keamanan dan nikmat rezeki yang melimpah ruah. Maka, sudah sewajarnya kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada manusia.

Kalimah Aidilfitri memiliki maksud kembali kepada kesucian (fitrah) atau kembali kepada asal kejadian. Hari Raya merupakan “hadiah” daripada Allah s.w.t. kerana meraikan kejayaan kita mengharungi cabaran di bulan Ramadan. Semoga tradisi madrasah Ramadan yang dilalui akan terus mengajar umat Islam agar dapat mengawal hawa nafsu, berdisiplin, mengamalkan akhlak terpuji dan memberikan latihan berguna dalam usaha membentuk kecemerlangan sahsiah dan spirituil demi menggapai keredaan Allah s.w.t. Sepatutnya pada Syawal ini kita merayakan kemenangan dengan memuji kebesaran Allah s.a.w. melalui bertakbir dan bertahmid serta menyambutnya dengan sambutan yang bersesuaian serta tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam agar segala amalan yang kita kerjakan di bulan Ramadan yang lalu itu tidak akan sia-sia dan akan tetap dipelihara dan pahalanya akan berkekalan sehingga hari kemudian. Di samping kita bersyukur dan bergembira di hari lebaran ini, adalah elok kita merenung dan membuat penilaian terhadap segala amal perbuatan yang kita lakukan di bulan Ramadan yang baru lalu dengan menjadikannya sebagai titik tolak kepada kita untuk berazam mempergiatkan lagi amalan-amalan kita di setiap saat dan masa. Jika di sepanjang bulan Ramadan kita mampu menunaikan sembahyang berjemaah baik yang fardu mahupun yang sunat di masjid-masjid, maka kenapa di bulan-bulan lain kita tidak berdaya mengerjakannya? Begitu juga dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat, sedekah, membaca Al-Quran dan seumpamanya. Begitulah juga halnya dengan berpuasa, jika di bulan Ramadan kita sanggup berpuasa sebulan maka adalah tidak munasabah dan mustahil kita tidak dapat mengerjakan puasa-puasa sunat yang lain.

Berpuasa enam adalah bukti kita mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Tetapi perlu diingat bahawa mengerjakan puasa sunat enam hari di bulan Syawal tidak akan mendatangkan apa-apa makna jika sekiranya puasa bulan Ramadan tidak disempurnakan. Puasa sunat enam di bulan Syawal ialah puasa yang disunatkan kepada kita melakukannya dalam bulan Syawal sahaja dan cara melaksanakannya ialah yang lebih afdal atau lebih utama dengan melakukan secara berturut-turut (enam hari) bermula dari 2 Syawal. Kita juga boleh melakukannya secara berselang hari dan boleh juga dibuat pada bila-bila masa asalkan dilakukan dalam bulan Syawal. Adapun di antara hikmah puasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti yang terkandung dalam Hadis Rasullullah s.a.w. yang bermaksud: ”Dari Abi Ayub Al-Ansari, ia menceritakan bahawa sesungguhnya Rasullullah s.a.w.bersabda: Barangsiapa yang puasa bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan puasa enam pada bulan Syawal, maka seakan-akan ia berpuasa selama setahun.

Aidilfitri dinamakan juga hari kembali ke fitrah kerana pada hari itu dinyatakan kembalinya manusia kepada fitrah yang suci bersih daripada sebarang dosa dan noda selepas berpuasa dan menjalani pengalaman kerohanian dalam madrasah Ramadan. Bagaimanakah caranya umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini? Sudah tentu tidak sama dengan orang-orang lain menyambut perayaan mereka. Kita tidak dibenarkan membazir di dalam menyambut hari raya. Pada 1 Syawal atau hari raya pertama, Allah melarang umat Islam berpuasa. Ini boleh diertikan Allah memberi peluang kita berhari raya, makan minum daripada rezeki yang dikurniakan kepada kita sebagai hadiah kemenangan, kerana berjaya menamatkan puasa selama sebulan. Islam menganjurkan kita sentiasa sederhana dalam kehidupan seharian. Islam melarang perbuatan berbelanja yang berlebih-lebihan hingga membazir.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana memberikan kekuatan, kesabaran dan ketekunan sehingga dapat melaksanakan ibadah puasa Ramadan selama sebulan yang baru lalu. Semoga puasa yang kita kerjakan dengan sungguh-sungguh dan penuh ikhlas itu akan diterima oleh Allah s.w.t. dan dikurniakan ganjaran yang baik di sisiNya. Satu Syawal merupakan hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dengan sungguh-sungguh dan berjaya ditarbiah dalam madrasah Ramadan selama sebulan. Mereka inilah sebenarnya yang layak merayakan Aidilfitri. Marilah kita raikan Aidilfitri dengan mematuhi syariat dan roh keislaman, kunjung-mengunjung, menghubungkan silaturrahim dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Walaupun dalam keadaan bergembira merayakan Aidilfitri, hendaknya kita yang dianugerahkan Allah s.w.t. dengan kehidupan selesa tidak akan lupa kepada insan-insan yang hidup menderita dan tidak bernasib baik. Syawal yang kita sambut sebenarnya bukanlah hari bergembira kerana terlepas daripada makan minum seperti dalam bulan Ramadan, tetapi lebih merupakan hari untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana berjaya melepasi ujian dan latihan yang sangat bermakna sepanjang Ramadan. Rasulullah s.a.w. memperlihatkan kepada umatnya tentang perasaan sedih baginda kerana ditinggalkan Ramadan yang penuh dengan berkat, rahmat dan ganjaran pahala berlipat ganda, demikian juga perasaan para sahabat baginda dan tabi’- tabiin. Sebab itu, baginda bersabda yang bermaksud: “Kalaulah manusia tahu kebaikan dan keutamaan yang terkandung di dalam bulan Ramadan, pasti mereka meng-harap Ramadan itu berlaku sepanjang tahun”. Islam menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal supaya tidak terlalu sedih ditinggalkan Ramadan. Selain memperolehi pahala puasa setahun, berpuasa enam hari di bulan Syawal juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadah puasa Ramadan.
Pada setiap hari raya kita berikrar dan berjanji dengan Allah yang bermaksud: "Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah. Dan kami tidak sembah melainkan dia dengan penuh ikhlas, bagi Allah sahaja agama, meskipun dibenci oleh orang-orang kafir. Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan keesaanNya. Benarlah janjiNya memberi pertolongan kepada hambaNya dan memberikan kemuliaan serta kemenangan kepada tenteraNya. membinasakan tentera Ahzab dengan keesaanNya." Ikrar ini diulang-ulangkan berkali-kali pada malam hariraya, hari raya dan seterusnya hari-hari berikutnya. Marilah kita renungi kembali latarbelakang kepada lafaz-lafaz ini dengan merujuk kepada sirah Rasulallah s.a.w. iaitu Peperangan al-Ahzab atau Peperangan Khandaq yang mempunyai pertalian yang rapat dengan lafaz yang kita ucapkan di setiap awal hari raya ini. Dalam peperangan al-Ahzab atau peperangan Khandaq yang berlaku pada tahun 5 Hijriyyah di kota Madinah, tentera Islam mengandungi kekuatan seramai 3000 orang manakala tentera bersekutu (yakni tentera Ahzab) mengandungi kekuatan seramai 10000 orang yang terdiri daripada kafir Quraish dibantu pula oleh puak-puak Yahudi dan Arab seperti Bani Nadir, Quraizah dan Bani Wail. Peperangan ini tercetus disebabkan kuatnya hasrat orang-orang kafir untuk menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w. dan para pengikutnya yang sudah terpendam begitu lama. Orang-orang kafir merasa kuat dan sombong selepas kemenangan mereka dalam Peperangan Uhud. Tentera al-Ahzab mengepung bandar Madinah tetapi cubaan mereka untuk memasuki bandar Madinah gagal. Tentera-tentera Ahzab ini gagal untuk menguasai kota Madinah selepas hampir sebulan mengepungnya. Ini membuatkan mereka pulang dan berundur tanpa membawa apa-apa kemenangan. Sebenarnya, beberapa hari sebelum mereka berundur, Allah telah menurunkan para malaikat beserta dengan ribut pasir serta taufan untuk mengucar-ngacirkan kedudukan tentera-tentera Ahzab. Hal ini diceritakan oleh Allah di dalam Surah al-Ahzab yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, Kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.” (Ayat 9 hingga 11)
Dengan pertolongan Allah, orang-orang Mushrikin telah luntur moral dan semangat mereka untuk terus berperang, lalu mereka berundur. Di pihak Islam pula, mereka menghadapi berbagai kesukaran di dalam peperangan ini. Ini diceritakan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang bermaksud: “Ketikamana mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu (yakni dari segenap penjuru) dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik sesak sampai ke lubang tenggorokmu dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam sangkaan buruk. Disitulah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan dengan goncangan yang bersangatan." Sebenarnya ayat ini menggambarkan bagaimana hebatnya perasaan takut dan gementar perasaan umat Islam ketika itu hinggakan ada di antaranya berperasaan syak yang bukan-bukan terhadap Allah s.w.t.. Ayat ini menegaskan inilah sebenarnya ujian daripada Allah s.w.t.. Dengan adanya Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya, umat Islam dipujuk supaya bersabar, tabah, yakin serta bertawakal kepada Allah dan akhirnya umat Islam mencapai kemenangan dengan bertempiaran larinya golongan Ahzab setelah datang pertolongan Allah.

Di Aidilfitri ini, kita patut merebut peluang bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, memperkuatkan perpaduan dan memperkasa integrasi nasional tanpa mengira latar belakang politik atau fahaman. Program kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi dapat mengeratkan tali silaturrahim. Ini adalah amalan yang baik untuk merealisasikan solidariti yang utuh sama ada dalam hubungan inter-etnik atau intra-etnik. Berhati-hatilah memandu ketika berhari-raya semoga selamat pergi dan selamat kembali ke mana jua destinasi anda. Elakkanlah kemalangan. Ingat dan sayangilah orang yang tersayang!!

Friday, August 12, 2011

Ramadan: Berjuta Kerahmatan dan Berlimpah Keampunan Allah

Ramadan: Berjuta Kerahmatan dan Berlimpah Keampunan Allah
12 Ogos 2011

Ramadan digelar sebagai bulan rahmat, bulan keampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Namun demikian ramai dari kalangan kita yang tidak mengetahui apakah kesan yang terbaik yang kita dapati hasil dari pentarbiahan diri selama sebulan dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lain seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan Ramadan atas segala hari yang lain seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan”. Peningkatan amal patut dilakukan pada bulan Ramadan kerana sangat besar keistimewaannya melakukan amal ibadah pada bulan ini; bulan penuh ganjaran dan melipatkali gandanya pahala. Di antara kesan yang akan dapat diperolehi bagi Mukmin yang benar-benar  menghayati erti Ramadan ialah menimbulkan perasaan belas kasihan dan kasih sayang kepada fakir miskin, anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang-orang yang kurang upaya, membentuk sifat esprit de corp dalam keluarga dengan solat, makan dan beribadah bersama-sama bagi membina keluarga sakinah dan bahagia, membiasakan diri dengan amal kebajikan dan menahan diri daripada terjatuh ke lembah maksiat dan dosa, memelihara dan menjana sifat amanah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya serta memupuk semangat persaudaraan Islam dan membentuk perpaduan serta kekuatan ummah.
Berbuatlah ibadah sepanjang hayat kerana sebaik-baik bekalan yang akan kita bawa adalah ketakwaan kepada Ilahi. Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ `Ulumuddin mengkategorikan orang yang berpuasa itu kepada tiga golongan, iaitu: Puasa golongan awam, iaitu orang yang hanya menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh sahaja, kedua, puasa golongan Ahlul Khawas, iaitu orang yang menahan dirinya dari makan dan minum serta syahwatnya kerana Allah dengan mengharapkan keampunan dan syurga atau terhindar dari neraka dan ketiga, puasa golongan Khawasul Khawas (atau Ahlul Ma’rifat), iaitu orang yang menahan diri dari makan dan minum serta syahwat juga menahan hati dan segala pancaindera daripada segala yang tidak disukai Allah s.w.t. kerana semata-mata mengharapkan keredaan Allah s.w.t. semata-mata.

Pantang larang orang yang berpuasa perlulah sentiasa dipatuhi termasuklah segala hokum hakamnya. Kita perlukan disiplin yang kuat untuk mencegah daripada dicacatkan puasa. Antaranya ialah menundukkan dan menahan mata daripada melihat perkara yang tercela dan dimurkai Allah di samping menjaganya daripada melihat perkara yang melalaikan hati daripada mengingati Allah. Sentiasalah menjaga lidah daripada menipu, mengumpat, mencela, mengutuk, memburukkan orang lain atau melaga-lagakan mereka serta menyanyi nyanyian yang melalaikan diri kita daripada mengingati Allah. Kita hendaklah sentiasa membasahkan bibir dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan memperbanyakkan mengingati Allah dan banyak beribadah sunat dan bersedekah. Jangan lupa menahan pendengaran daripada mendengar perkara yang dilarang kerana setiap apa yang diharamkan mengeluarkannya daripada mulut maka ia turut diharamkan daripada mendengarnya. Sebab itulah Allah menyamakan mereka yang mendengar perkara maksiat dengan mereka yang memakan perkara haram. Orang yang berpuasa sebenar-benarnya menahan segala anggota yang lain iaitu tangan dan kaki daripada maksiat dan dosa serta menahan perut daripada memakan perkara syubhat atau haram ketika berbuka. Janganlah kita terlalu banyak makan sekali pun halal sehingga tersumbat lubang pernafasannya kerana Allah begitu murka mereka yang terlalu banyak makan. Peliharalah hati kita agar sentiasa terikat dengan perasaan antara khauf (takut) dan raja' (terlalu mengharap) di mana hati kita sentiasa memainkan persoalan sama ada puasa kita diterima sebagai orang yang hampir kepada Allah atau pun ditolak kerana kita termasuk dalam golongan mereka yang cuai dalam beribadat. Orang yang berpuasa Ramadan melakukan persiapan rapi di bulan Sya’ban serta tidak melambat-lambatkan solat fardu. Kita sepatutnya tidak malas menjalankan ibadah-ibadah sunat di bulan Ramadan. Jadilah seorang yang pemurah dan suka bersedekah dan jangan bakhil pada harta benda. Rajin-rajinlah membaca al-Quran dan kikiskan sifat senang menjadi pemarah. Buangkan tabiat gemar berbicara perkara yang sia-sia dan dusta serta memutuskan tali silaturrahim. Jangan khianati amanah dan pertingkatkan solat berjemaah selalu. Kurangkan kebergantungan yang keterlaluan kepada makhluk dan sentiasalah membela dan menegakkan kebenaran. Pertingkatkan kekuatan bangsa dan jangan salah faham terhadap falsafah Ramadan. Jangan menjadi terlalu sibuk mempersiapkan Idulfitri hingga terabai ibadah Ramadan.

Pihak AJK masjid di Malaysia patut tidak mempersalahkan anak-anak ketika bersolat tarawih kerana membuat bising.  Sediakanlah seorang atau dua pembimbing yang mengajar anak-anak melukis atau melakukan aktiviti kreatif dan inovatif di sudut lain dalam masjid. Ini akan mengelakkan anak-anak daripada melakukan sesuatu yang boleh mengganggu jemaah lain ketika berjemaah, berkuntau, membuat bising, menjerit, berlari-lari, bermain-main atau perkara-perkara negatif yang lain.  

Ramadan Karim: Bulan Yang Mulia

Ramadan Karim: Bulan Yang Mulia
5 Ogos 2011

Alhamdulillah, Ramadan menjelma kembali sebagai bulan latihan insaniah dan tranformasi minda serta jiwa untuk memantapkan insan dengan kualiti diri, iman dan takwa. Penumpuan ibadah Ramadan tertumpu pada tiga teras utama iaitu teras akidah, akal (minda) dan mental, teras jiwa dan teras fizikal.  Kualiti dalam ibadah Ramadan dapat menggilap dan mengasah kembali fitrah manusia kembali suci dan putih-bersih serta peningkatan takwa.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: “Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (Ahmad dan An-Nasa'i) Dalam hadis yang lain daripada Ubadah bin Al-Samit bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik daripada dirimu kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini." (Al-Tabrani)

Akal dan mental dapat diperkasakan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadan. Bacalah Al-Quran secara berkualiti. Orang yang membaca al-Qur’an dengan difahami maksud yang dibacanya akan dapat menambahkan dan membuka rahsia kehidupan daripada isi al-Qur’an. Bersungguh-sungguhlah membaca al-Qur'an (tilawah) untuk mendapat sebesar-besar ganjaran daripada Allah s.w.t..

Jiwa kita sentiasa lemah jika tidak dibaja dan dipupuk dengan ibadah, iman dan takwa. Justeru, jiwa mesti dibangunkan dengan menguatkan dan memperkasa iman.  Perbanyakkan ibadah-ibadah sunat dengan memperbagaikan jenis dan bentuknya. Walaupun jumlahnya sedikit tetapi lakukanlah secara istiqamah.  Antaranya solat tarawih, solat tahajjud, solat witir, solat dhuha, solat tasbih, solat taubat dan lain-lain lagi. Lakukanlah qiamullail/solat tarawih dengan berkualiti, bukan kuantitinya. Peliharalah adab-adab solat seperti tama’ninah, bacaan yang teratur dan rukun-rukun solat yang lain. Kerjakanlah puasa sepanjang bulan Ramadan dengan penuh tekun dan jangan lakukannya sambil lewa. Banyak pahala dapat diraih di bulan Ramadan. Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, tetapi hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita. Seperkara lagi, kita perlukan Mujahadah Al-Nafsi dengan menahan diri iaitu bersabar daripada terjebak dengan dosa dan maksiat.

Di siang hari di bulan Ramadan, berlapar melalui puasa adalah cara yang terbaik untuk melatih fizikal.  Dalam keadaan keletihan dan kelaparan seseorang itu tetap menjalankan tugas-tugas seharian seperti berniaga, bertani, kerja pejabat, mengajar, kerja buruh dan sebagainya.  Walaupun kekuatan tenaga kurang dari biasa tetapi mereka tetap kuatkan tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut demi kerana Allah dan kemajuan Islam.  Dengan demikian tertolaklah sesetengah pendapat yang menyatakan puasa boleh menurunkan tingkat daya pengeluaran. Sementelahan lagi, orang-orang Islam sering berjaya dalam peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadan.

Kekuatan fizikal yang diperkasakan di bulan Ramadan itu boleh diteruskan di bulan selepas Ramadan itu untuk terus aktif dan cergas apabila membuat kerja-kerja kebajikan seperti gotong-royong, ziarah, mengajar dan lain-lain khidmat masyarakat. Maka hendaklah semakin banyak menempuh Ramadan semakin bertambah baik amalan kebajikan dari sebelumnya.  Bila semakin dekat dengan akhirat, maka makin banyak bekalan-bekalan akhirat yang akan dibawa seperti firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah kamu menambah bekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat taqwa”.

Jangan kita lupa juga untuk bersegera menunaikan sedekah menurut kadar yang termampu kerana bersedekah pada bulan Ramadan itu mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Lakukanlah juga i'tikaf kerana ia merupakan ibadat yang mencakupi kebanyakan amalan taat seperti solat, tilawah, berzikir, berdoa dan lain-lain. Iktikaf itu adalah sangat dituntut pada sepuluh hari yang terakhir. Kalau dapat dan mempunyai kelapangan kerjakanlah umrah pada bulan Ramadan kerana banyak manfaatnya. Jangan lupa mencari malam Lailatulqadar di mana telah diturunkan al-Qur'an. Malam Lailatul Qadar itu adalah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan, iaitu pada malam yang ganjil bilangannya. Selalulah memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada waktu-waktu yang mustajab. Jangan pandang enteng kepada amalan-amalan khusus di bulan Ramadan. Amalkan sikap prihatin kepada amalan-amalan khusus di dalam puasa harian seperti waktu berbuka dan bersahur. Jangan lupa melaksanakan kewajiban mengeluarkan zakat. Ramai juga yang mengabaikan hubungan silaturrahim di bulan Ramadan. Ramadanlah merupakan bulan mengeratkan silaturrahim.

Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak