HUJAH-HUJAH DAN KAJIAN DATUK MUFTI WLlAYAH PERSEKUTUAN
ESQ dan FAHAM LIBERALISME
ESQ (Emotional Spiritual Quotion) adalah sebuah Kursus Kepimpinan dan Pengurusan yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian di bawah Syarikat ESQ Leadership Center berpusat di Jakarta.
Sekarang ini telah dikembangkan ke Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat di
Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.
Kandungan kursus ini termuat dalam buku karangan Ary
Ginanjar Agustian yang berjudul “Rahsia Sukses Membangun
Kesedaran Emosi dan Spiritual ESQ”. (Lampiran A). Tentang latar diri
penulisnya mengikut catatan di halaman akhir buku ini, ia lahir pada 24
Mac 1965 di Bandung, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di STP
Bandung, Univesitat Udaryana, Bali dan Tafe College, Adelaid, South
Australia. Tiada asas pengajian Islam secara formal, namun
mendakwa belajar agama secara sendiri melalui metod “kemerdekaan
berfikir” (Lihat Lampiran A-1).
Buku ESQ ini sekalipun merupakan sebuah buku yang
membicarakan tentang latihan kepimpinan dengan latar belakang
pendidikan pengarangnya yang bukan daripada pengajian Islam,
namun ianya penuh dengan perbincangan tentang perkara-perkara
yang sangat mendasar dalam Islam seperti rukun iman, rukun Islam,
- 32 -
tauhid, mukjizat dan sebagainya. Di sana-sini penuh dengan ayat-ayat
Quran dan Hadis di selang seli dengan pendapat pemikir-pemikir kafir
dari Barat. Penggunaan ayat-ayat Quran dan Hadis dibuat secara
bebas sesuai dengan metods pengajian agama beliau yang dinamakan
“kemerdekaan berfikir”. Walaupun pada zahirnya buku ini sebuah buku
latihan kepimpinan namun ianya juga merupakan sebuah buku agama,
memandangkan sebahagian besar perbahasannya adalah berkaitan
agama.
Di Malaysia terdapat undang-undang tauliah bagi mengawal
pengajaran agama, dikenakan terhadap sesiapa yang ingin mengajar
agama walaupun ia memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam.
Tetapi peraturan seperti ini tidak wujud di Indonesia disebabkan
undang-undang negara yang berbeza. Namun jika pihak berkuasa
agama di Malaysia tidak berhati-hati, undang-undang kawalan ini dapat
ditembusi dengan mudah dengan berselindung di sebalik platform lain,
seperti “leadership training” dan sebagainya; khususnya dari negara
yang perkembangan faham liberalnya berlaku dengan begitu dahsyat
sekali seperti yang dipaparkan sebelum ini. Dalang disebalik gerakan
ini sudah tentu akan berusaha mengembangkannya ke Malaysia
dengan menggunakan pelbagai cara, memandangkan negara ini
merupakan harapan umat bagi kebangkitan semula Islam di zaman ini.
Penyelidikan ini akan melihat sejauh manakah unsur-unsur liberalisme
diserapkan dalam “ESQ Leadership Training” melalui penelitian
terhadap buku yang disebutkan cetakan ke 39 Oktober 2001.
Pengarang buku ini seolah-olah ingin memberitahu pembacanya aliran
Islam yang beliau anuti dengan menyatakan metod pengajian
agamanya sebagai “kemerdekaan berfikir”. Faham liberalnya ini
terserlah dengan jelas apabila kita membaca lembaran “Dari Penulis”
dan “Ucapan Terima Kasih”. Dalam ruangan “Dari Penulis” beliau
menyatakan : “Cara pandang Enka Ainun Nadjib yang begitu moderat
dan pluralis, tanpa kehilangan karakter dalam memandang agama
- 33 -
dalam puisinya di bawah ini. Kiranya mampu mempresentasikan apa
yang juga saya rasakan kini”. Beliau lalu memetik puisi tersebut :
“ Jika dalam buku ini ada Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan, Bukan
bererti eksklusivisme aliran atau agama tapi keinginan untuk
menyampaikan kebenaran “. (hlm. 20). Dengan menolak
eksklusivisme bermakna ia menganut aliran infklusif yang menyamakan
semua agama. Dalam lembaran “ucapan terima kasih” beliau
menyampaikan penghargaan tinggi kepada dua tokoh utama Islam
Liberal di Indonesia : “Prof. Dr. Shafi’i Maarif, pemimpin umat yang
sangat saya kagumi”; Prof. Dr. Nurcholish Madjid (alm), Cendekiawan
Muslim yang arif bijaksana yang telah memberikan dukungannya yang
sangat berharga.” (hlm. 22)
SQ (Kecerdasan Spiritual) dan God Spot
Kedua-duanya merupakan topik penting dalam ESQ. SQ ditemui oleh
Danah Zohar dan suaminya Ian Marshall dari Harvard University dan
Oxford University. Bidang kajian mereka ialah Philosiphy, Religion &
Psychology. Sementara God Spot pula di temui oleh ahli saraf VS
Ramachandran dan lainnya dari California University. Ditegaskan
bahawa “Pada God Spot inilah sebenarnya terdapat value manusia
tertinggi (the ultimate meanings) (hlm. 44).
Pertamanya : Bagaimanakah konsep yang dihasilkan orang kafir dalam
hal yang berkaitan metafizik dan kerohanian ini boleh diterima sebagai
pegangan Muslim? Kemudian diabsahkan pula dengan ayat Quran dan
Hadis :
Namun bagi kaum liberal, perkara ini tiada masalah kerana semuanya
sama menuju kepada satu tuhan. Bahagian kulit buku “Fiqh Lintas
Agama” diletak gambar rajah bulatan yang di dalamnya terdapat
lambang semua agama dengan lambang cahaya yang dijuruskan ke
bulatan tengah sebagai lambang satu tuhan.
- 35 -
Keduanya : God Spot. Memandangkan istilah ini lahir daripada orang
bukan Islam, maka “God” itu bermaksud sama ada “Yahweh”, “Father”,
“Jesus”, “Brahma”, “Vishnu”, “Shiva” dan sebagainya. Dengan itu
konsep “God Spot” adalah jelas syirik dan kufur.
6.4 Suara Hati. Ary Ginanjar banyak sekali menggunakan konsep “suara
hati” sebagai sumber rujukan dalam menentukan baik buruk sesuatu
dan menggunakan konsep ini untuk mentafsir ayat-ayat Quran
(Lampiran A-2). Pertamanya, konsep “suara hati” adalah merupakan
ajaran Kristian. Saya perturunkan di sini tulisan Prof. Dr. Franz Magnis,
Susena SJ, ahli teologi kelahiran Jerman yang menetap di Indonesia
dalam buku “Menembus Batas Tradisi” :
“Dr. Banawiratma dari Universitas Sanata Dharma Yogyakarta,
membandingkan dengan tepat faham inklusif Nurcholis Madjid dengan
faham”kristen anonim” Karl Rahner (1904 -1484), barangkali ahli teologi
katholik terbesar abad ini ..... Maksud Rahner, di luar gereja yang
kelihatan ada banyak sekali orang baik-baik yang sama sekali tidak ada
kaitan dengan gereja dan tidak juga mahu masuk gereja – tetapi
mereka berada dalam liputan rahmat illahi dan dengan demikian
seakan-akan tanpa mengetahuinya sendiri secara “anonim” merupakan
- 36 -
orang Kristen dalam arti : dekat pada Yesus. Sejak di tahun 1965,
Gereja Katolik dalam Konsili vatikan 11, secara resmi, tanpa tedang
aling-aling menyatakan (dalam konstitusi ‘Lumen Sentium’ nr. 16:
bahawa juga mereka yang tidak dibabtis dapat diselamatkan asal
mereka hidup menurut suara hati mereka, istilah ‘Kristian anonim
tidak diperlukan lagi ..... “ (hlm. 175).
Adalah jelas konsep “suara hati ... merupakan ajaran Kristian yang cuba
disebarkan di kalangan peserta kursus ini. Ini terbukti apabila “suara
hati” diulang sebanyak 93 tempat dan merupakan istilah yang paling
banyak digunakan dalam bukunya ini.
Keduanya, umat Islam disuruh mengikut apa yang diwahyukan kepada
Nabi Kita Muhammad SAW, iaitu Quran dan Sunnah (Huud:109), juga
jalan para Ambiyaa’ dan Solihin (Luqman : 15). Inilah dia kaedah
tarbiah para sahabat serta para ulama yang mengikut jalan mereka.
Hatta para ulama sufi yang telah terbentuk jiwa taqwa mereka juga
menegaskan segala peri laku, hal-ehwal dan gerak hati mereka perlu
dinilai mengikut ukuran Quran dan Sunnah Al – Junaid menyatakan
“mazhab kita ini terikat dengan prinsip Quran dan Sunnah”. Abu Hafs
menyatakan,” Sesiapa yang tidak menilai perbuatan dan hal ehwalnya
pada setiap masa dengan ajaran Quran dan Sunnah dan tidak
memeriksa gerak hatinya (sesuai atau tidak dengan Quran dan
Sunnah) maka ia bukan daripada ahli Sufi”. Manakala Abu Sulaiman
al-Darani menjelaskan kadangkala hinggap di hati saya sesuatu
kefahaman yang terbit daripada kalangan ahli sufi. Saya memerhatinya
hingga beberapa hari, hingga saya pastikan ia disahkan oleh dua saksi
yang adil, iaitu Quran dan Sunnah”. Sekiranya suara hati menjadi
rujukan utama, ini bermakna wahyu tidak diperlukan. Tidak perlu ada
dakwah tablikh dan tazkiran di kalangan umat Islam, padahal inilah
antara ciri utama “Khaira amnah” sebagaimana ditegaskan dalam
Quran Surah Aali Imaran ayat 110’. Inilah dia jalan Islam dalam
mencari kebenaran. Manakalan “suara hati” adalah daripada ajaran
- 37 -
Kristian dan selari dengan faham pluralisme agar ia yang bercanggah
dengan Islam.
6.5 Mengingkari Mukjizat : Penulis buku ini menerima pendapat
Muhammad Husein Haikal yang mengingkari mukjizat “hissi” daripada
para Ambias’ yang banyak disebut dalam Quran dan Hadis-Hadis
“Mutawatir”. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak.
Ini ialah kerana keingkaran terhadap mukjizat merupakan penolakan
yang nyata terhadap nas-nas Quran yang jelas maksudnya dan “Hadis
Mutawatir”. Di halaman 159 ia memetik tulisan Haikal “....dan untuk
memperkuat kenabiannya, ia tidak perlu harus bersandar pada apa
yang dilakukan oleh mereka yang menyukai hal-hal yang ajaib”. Ia
kemudian mengulas “ Inilah petanda khusus bahawa Nabi Muhammad
SAW merupakan nabi penutup (terakhir), yang sesuai dengan
zamannya kemudian, yang begitu mengetatkan logika dan suara hati –
bukan mukjizat ajaib yang seringkali tak bisa diterima akal yang sehat
saat ini”. Inilah dia warisan pemikiran muktazilah yang dikembangkan
oleh Harun Nasution yang menyamakan mukjizat Nabi dengan
kemampuan dukun Haji Lela mengubat penyakit Aids. Dan inilah juga
pemikiran sikular yang tidak dapat menerima prinsip-prinsip agama
kecuali yang boleh dibuktikan secar saintifik. Kesilapan mereka ialah
menggunakan ukuran yang sama dalam perkara-perkara yang
berlainan tabiinya, iaitu fizik dan metafizik. Sedangkan ahli sains
sendiri membezakan antara keduanya. Albert Einstein ketika melawat
England dalam tahun 1921, telah ditanya oleh Archbishop of
Canterbury mengenai implikasi teori “Relativity”nya terhadap teologi,
beliau menjawab : “ None Relativity is a purely scientific matter and has
nothing to do with religion” (Tiada “Relatively” adalah semata-mata
perkara saintifik dan tiada kaitan dengan agama).
6.6 Mengguna dan mentafsir ayat-ayat Quran dan Hadis secara bebas
untuk disesuaikan dengan kehendak ESQ. Sebagai contoh, setelah
selesai menjelaskan kesemua maksud “The ESQ Way 165”, para
- 38 -
moderator akan membentangkan surah al-Maaidah ayat 3 (pada hari
ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah
cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu). Ini membawa pengertian bahawa ayat ini
mengesahkan teori ESQ yang kebanyakan dicedok daripada teori
Barat serta diadunkan dengan teori Islam mengikut tafsiran
pengasasnya yang berfikiran liberal. Sedangkan dalam ESQ terdapat
ajaran yang menyeleweng dan kufur seperti mengingkari mukjizat
“hissi” seperti yang disebutkan sebelum ini.
6.7 Menggunakan teori Kod 19 Rashad Khalifa untuk mentafsir al-Quran.
Di halaman 192 beliau menyebut “Rasyad Khalifah (w1990M)
menurutnya – Angka 19 mempunyai rahsia yang berkaitan dengan Al-
Quran, termasuk dengan Bismillah itu sendiri ..... Inilah salah satu
kunci yang mengamankan kesucian Al-Quran yang merupakan sebuah
mukjizatnya ....”.
Rashad Khalifa adalah versi baru bagi pengasas Qadyani Mirza
Ghulam Ahmad. Dilahirkan di Mesir dalam tahun 1935, kemudian
berpindah ke Amerika dalam tahun 1959 dan mendapat status
warganegara. Beliau yang mendapat kelulusan Ph. D dalam bidang
“biochemistry” ini tinggal di Tucson, Arizona.
Rasyad Khalifa telah mendirikan kumpulan agama yang dipanggil
“United Submitters International (USI). Ia kemudian mendakwa sebagai
Utusan Tuhan (rasul) dan mengistiharkan agama baru dipanggil
“submission” yang didakwa sebagai “Islam” yang sebenar. Antara
ajarannya ialah menolah Hadis dan menganggapnya sebagai
pembohongan. Pada tahun 1974 ia mengeluarkan teori Kod – 19 bagi
mentafsir ayat-ayat Quran seperti yang disebut oleh Ary Ginanjar.
Pada 31 Januari 1990, Rasyad Khalifa telah ditikam hingga mati di
Masjid Tucson. Pembunuhnya menghilangkan diri dan tidak dapat
didakwa hingga sekarang.
- 39 -
Disini kita lihat bagaimana melalui metode “kemerdekaan berfikir” dan
sikap pluralis, Quran telah ditafsir secara bebas dengan menggunakan
teori mereka yang jelas murtad daripada Islam. Cara ini akan
mengubah ajaran Islam sepertimana yang berlaku kepada Kristian.
6.8 Sebagai kesimpulannya : ESQ daripada sudut pandangan agama,
adalah sarat dengan metode dan fikiran Liberal yang bertentangan
dengan Islam dan boleh merosakkan akidah. Lebih bahaya lagi
apabila fikiran tersebut diserap melalui platform latihan kepimpinan
yang terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa agama. Oleh itu,
ia perlu disekat sebelum merebak menjadi penyakit “barah” yang bakal
merosakkan akidah dan syariah dan sukar di kawal lagi.
1 comment:
banyak percanggahan ttg ideologi esq., macam mane bleh mufti antara negeri sendiri bercanggah pendapat., ad yang sokong ad yang x., esq masih aktif lagi sampai hari nie
Post a Comment