Profil Diri

My photo
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Seorang penjawat awam, telah berumahtangga dan beristeri. Menyukai respons orang ramai terhadap hasil penulisan dan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Bercita-cita besar dan mempunyai tujuan hidup yang futuristik. Ingin melihat Malaysia menjadi negara maju sebelum tahun 2020 dan rakyat Malaysia tersohor di persada antarabangsa. Ingin melihat agama Islam dan umat Islam melonjak naik.

Intro

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Manfaatkan Blog ini untuk tujuan pembelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan.

KELAB KENEGARAAN MALAYSIA, TITAS DAN HUBUNGAN ETNIK

Wednesday, February 27, 2013

ARAHAN TUGASAN SKP2203 TITAS Semester 2, 2012-2013 Kumpulan 12 BS05, KAA 20 Februari 2012 (Minggu Pertama)
























SKP2203 TAMADUN ISLAM dan TAMADUN ASIA (TITAS)

Semester Pertama 2011/2012

Dr. Amini Amir Bin Abdullah

ARAHAN TUGASAN KURSUS



Tugasan terbahagi kepada:

i. Tugasan ulasan dan komentar buku - individu. (10 markah)

ii. Tugasan penulisan esei berkaitan isu semasa dalam tamadun Islam ataupun tamadun Asia - individu. (5 markah)

iii. Tugasan temubual/wawancara berkumpulan (10 markah)

iv. Tugasan pembentangan dalam bentuk powerpoint lawatan institusi/organisasi berkumpulan. (5 markah)

v. Kuiz (5 Markah)

vi. Kehadiran Kuliah (5 markah)

Arahan Khusus Penulisan Ulasan dan Komentar Buku (Tugasan I)

1. Pilih mana-mana buku berbahasa Inggeris atau Melayu berkaitan TITAS.

2. Ia mestilah diulas ke dalam bahasa Melayu dengan tidak kurang daripada 8 halaman.

3. Terjemahkan isi-isi penting daripada buku tersebut sebelum diulas.

4. Sebelum diulas, setiap buku mestilah mendapat kelulusan saya terlebih dahulu.



Apa Yang Perlu Ada Dalam Tugasan Ulasan dan Komentar Buku?

1. Isi-isi pokok yang dibincangkan oleh penulis asal. Diolah semula dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

2. Pandangan anda sendiri mengenai buku tersebut dari segi isi, perbincangan dan keilmiahan.

3. Komen dan kritikan anda mengenai buku tersebut.

4. Nyatakan kekuatan dan kekurangan buku tersebut.

5. Pandangan anda mengenai gaya bahasa, persembahan dan seumpamanya berkaitan buku tersebut.

FORMAT TUGASAN ULASAN BUKU BERBAHASA INGGERIS ATAU MELAYU

Gunakan kertas A4 yang mempunyai garisan.

Bertaip komputer yang kemas dan mudah dibaca.

Ditulis secara individu.

Tidak memerlukan penulisan prakata.

Ulasan mestilah tidak kurang daripada 8 mukasurat.

Nyatakan nama, nombor matriks dan program serta tajuk sebenar artikel tersebut dan nama jurnal di halaman hadapan ulasan.

Arahan Khusus Tugasan Penulisan Esei (Tugasan 2)

1. Pilih apa-apa tajuk berkaitan dengan isu semasa mencakupi aspek ketamadunan Islam atau Asia.

2. Dapatkan pengesahan pensyarah terlebih dahulu.

3. Dapatkan 5 rujukan utama untuk tujuan penulisan.

4. Tugasan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu dan bertaip kemas dengan tidak melebihi 20 halaman dan tidak kurang daripada 10 halaman.

FORMAT TUGASAN: PENULISAN ESEI

Gunakan kertas A4 yang mempunyai garisan.

Bertulisan tangan yang kemas dan mudah dibaca.

Ditulis oleh salah seorang ahli kumpulan yang elok tulisannya.

BAHAGIAN PERMULAAN MESTI MEMPUNYAI PRAKATA: SETIAP PENULIS MESTI SUMBANG SATU PRAKATA SEKURANG-KURANGNYA 500 PERKATAAN.

PRAKATA INI MENCERITAKAN PENGALAMAN MELAKUKAN ASSIGNMENT, FAEDAH DAN ILMU YANG DIPEROLEHI, KERJASAMA BERKUMPULAN, KESUKARAN DAN KEPAYAHAN, CABARAN DAN RINTANGAN, BIDANG TUGAS SETIAP AHLI KUMPULAN, RESPONS KELUARGA DAN RAKAN.

Rangka kandungan ringkas (contents outline) (Tugasan 2 sahaja) seperti berikut:

Prakata

Penghargaan

Kandungan dan halaman

1. Pendahuluan

2. Definisi

3. Permasalahan dan Persoalan Kajian

Sambungan

Isi-isi Penting

Cadangan/Saranan

Kesimpulan

Bibliografi

* Mesti disertakan footnote bagi setiap petikan, fakta atau maklumat.



Contoh Melakukan Prakata dan Penghargaan

Sila layari:



www.aminiamir.blogspot.com

FORMAT KEDUA-DUA TUGASAN

Tajuk dan halaman hadapan mestilah bertaip dan mempunyai maklumat lengkap seperti tajuk, nombor matriks, nama, program, nama pensyarah, logo dan seumpamanya.

Halaman-halaman kandungan mestilah bertaip.



Tulis tugasan anda one-sided sahaja bukannya double sided.

BAHAGIAN PERMULAAN MESTI MEMPUNYAI PRAKATA: SETIAP PENULIS MESTI SUMBANG SATU PRAKATA SEKURANG-KURANGNYA 100 PERKATAAN. PRAKATA INI MENCERITAKAN PENGALAMAN MELAKUKAN ASSIGNMENT, FAEDAH DAN ILMU YANG DIPEROLEHI, KERJASAMA BERKUMPULAN, KESUKARAN DAN KEPAYAHAN, CABARAN DAN RINTANGAN, BIDANG TUGAS SETIAP AHLI KUMPULAN, RESPONS KELUARGA DAN RAKAN.

Tugasan Temubual/Wawancara (Berkumpulan)



Pilih seorang tokoh berkaliber untuk sesi temubual atau wawancara.

Temubual atau wawancara bertujuan mendapatkan maklumat mengenai sesuatu isu atau perkara yang dipinta oleh pensyarah.

Temubual mestilah dilakukan secara berkumpulan.



TOPIK TUGASAN TEMUBUAL/WAWANCARA (Berkumpulan)

Isu kalimah Allah

Isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw.

Impak globalisasi positif dan negatif

Kecenderungan politik kaum Cina dalam konteks pembinaan tamadun Malaysia

Kecenderungan politik kaum India dalam konteks pembinaan tamadun Malaysia

Masalah penduduk pribumi Malaysia dan cara mengatasinya



TOPIK TUGASAN TEMUBUAL/WAWANCARA (Berkumpulan)

7. Budaya kerja orang Korea dan produktiviti tinggi.

8. Budaya kerja orang Jepun dan produktiviti tinggi.

9. Dialog Peradaban

10. Gagasan 1Malaysia dan pembinaan peradaban

11. Model Baru Ekonomi dan kemajuan peradaban



Tugasan berkumpulan adalah secara berkumpulan berbilang kaum (ke arah integrasi nasional).

Ahli kumpulan mestilah tidak melebihi 5 orang.

Markah pembentangan diberikan mengikut prestasi individu.

Pastikan tiada komplain sesama ahli kumpulan.



Persembahan dalam Perisian Powerpoint dan Tarikh Pembentangan

Buat persiapan tugasan temubual untuk tujuan pembentangan.

Sediakan slide yang mengandungi tidak kurang daripada 10 slide untuk dibentangkan.

Masa bagi pembentangan ialah 15 minit sahaja.

Markah terbaik akan diberikan kepada pembentangan terbaik.

Pembentangan akan bermula pada minggu ke 10.



Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan

Tarikh akhir penghantaran tugasan ialah pada minggu ke lapan. Kedua tugasan mestilah dihantar serentak.



PEMBAHAGIAN MARKAH

Kerja Kursus mencakupi 40% daripada keseluruhan markah penilaian kursus. Setiap tugasan dan pembentangan akan dinilai berdasarkan item dan pecahan peratusan berikut:

       Isi                               60%        Gaya & Bahasa         30%        Rujukan                     10%              

Bonus 10% diberikan untuk tugasan yang mempunyai wawancara atau soal selidik.



LEWAT!!!



Penghantaran lewat: Markah akan ditolak pada kadar 2 markah sehari kelewatan.



KUIZ

1. Kuiz akan dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

2. Pastikan anda hadir pada hari kuiz dijalankan.

3. 5 markah akan diberikan kepada mereka yang menjawab semua soalan dengan tepat.

4. Ketidakhadiran bermakna tiada markah diberikan.

KEHADIRAN/PENGLIBATAN

Kehadiran penuh (14 minggu) akan diberikan markah penuh 5 markah.

Jadi, jangan ponteng kuliah kecuali bagi kes kecemasan dan kesihatan.

Bagi kes kesihatan, sila dapatkan MC daripada Pusat Kesihatan Universiti.

Penglibatan pula bermaksud keaktifan pelajar dalam kuliah, kehadiran kuliah dan berjumpa dengan saya berbincang masalah akademik atau pembelajaran.

Markah kehadiran dan penglibatan akan dicampur bersekali.

Blog Dr. Amini Amir Abdullah

Followers Dalam Blog Saya

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan

PEMBAHAGIAN MARKAH

Tugasan esei dan tugasan ulasan jurnal akan dinilai berdasarkan peratusan berikut:

       Isi                               60%        Gaya & Bahasa         30%        Rujukan                     10%              

Bonus 10% diberikan untuk maklumat/laporan lawatan institusi, industri, wawancara dan soal selidik.



LEWAT!!!



Penghantaran lewat: Markah akan ditolak pada kadar 5% sehari kelewatan.



TAJUK-TAJUK TUGASAN

Tamadun Islam di China: Sejarah, Institusi Sosial Serta Sains dan Teknologi

Impak Negatif dan Positif Pengaruh Tamadun Barat Terhadap Tamadun Islam, Cina dan India Dalam Aspek Sosial.

Tamadun Islam di India: Sejarah, Institusi Sosial Serta Sains dan Teknologi

Penerapan Nilai-nilai Positif Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. Ke Arah Pembinaan Tamadun Malaysia



TAJUK-TAJUK TUGASAN

Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pendekatan Islam Hadhari Yang Menyumbang Kepada Pembangunan dan Kemajuan Negara.

Impak dan Sumbangan Tamadun Cina Kepada Tamadun Dunia Dari Segi Ekonomi, Industri dan Perdagangan.

Ciri-ciri Utama Tamadun Melayu, Seni Bina, Seni Landskap, Perubatan dan Teknologi. Bincangkan.

Konsep Wasatiyyah (Kesederhanaan) Dalam Konteks Perkembangan Tamadun Islam.

Konsep Wasatiyyah (Kesederhanaan) Dalam Konteks Masyarakat Islam.



TAJUK-TAJUK TUGASAN

10. Penekanan Pendekatan Islam Hadhari Dalam Konteks Kemajuan Sains dan Teknologi.



11. Pengaruh Budaya Barat di Kalangan Masyarakat Islam dan Bukan Islam Serta Kesan-kesannya Terhadap Ekonomi, Pendidikan dan Sosial di Malaysia.

TAJUK-TAJUK TUGASAN

12. Sumbangan Tamadun Cina Kepada Bidang Kejuruteraan.

13. Sumbangan Tamadun India Kepada Bidang Kejuruteraan.

14. Sumbangan Tamadun Islam Kepada Bidang Kejuruteraan.

15. Malaysia sebagai hub produk halal.

16. Malaysia sebagai hub kewangan Islam.

17. Dialog Antara Tamadun: Apa, Bila dan Bagaimana?

18. Pembangunan Islam di Malaysia: 1957-2010

19. Kreativiti dan Inovasi Dalam Pembangunan Tamadun (Sama ada tamadun Islam, Cina atau India)



Tajuk-tajuk Tugasan

20. KESAN-KESAN SERANGAN PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001 DI AS KE ATAS HUBUNGAN MUSLIM-NON-MUSLIM SECARA GLOBAL DAN IMPAK MASA HADAPAN.

21. ANCAMAN GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM: SATU KAJIAN GLOBAL.

22. MATAWANG DINAR SEBAGAI MEDIUM PERDAGANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM: RASIONALITI DAN PRAKTIKALITI

23. LGBT Bukan Budaya Rakyat Malaysia. Bincangkan.



Tajuk-Tajuk Tugasan

24. ISLAM DAN SAINS PERSEKITARAN. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF UNTUK MASA HADAPAN.

25. ISLAM MEMENTINGKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN. BINCANGKAN.

26. PEMAKANAN YANG BAIK, BERKUALITI LAGI HALAL PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT. BINCANGKAN.

Tajuk-Tajuk Tugasan



27. Gagasan 1Malaysia dan Perspektif Islam.



28. Bagaimana Mengatasi Masalah Sosial? Huraikan



29. Masalah Integriti di Malaysia. Bincangkan.



30. Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Pembangunan Tamadun. Bincangkan.

31. MEB, PTN dan NKRA Dari Perspektif Tamadun. Bincangkan.



Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dalam konteks pembinaan tamadun Malaysia. Bincangkan.

Ancaman Syiah di Malaysia. Analisakan.

Ancaman Ekstremisme di Malaysia. Analisakan.

Ancaman Wahhabi di Malaysia. Analisakan.

Ancaman Ekstremisme Sosial di Malaysia. Analisakan.

Ancaman Ekstremisme Politik di Malaysia. Analisakan.

Ancaman Ajaran Sesat di Malaysia. Analisakan.

Peranan Intelektual dalam Pembinaan Tamadun. Bincangkan.

Bajet 2013. Penumpuan kepada memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat. Bincangkan.

Masa Depan Pengajian Peradaban.














ARAHAN TUGASAN (KERJA KURSUS)
SKP2204 Hubungan Etnik
Semester Kedua 2012/2013

Kumpulan 19

Dr. Amini Amir Bin Abdullah
Bilik C15, Tkt 1, Blok C, FEM draminiamir@gmail.com 013-2724553



PENILAIAN KURSUS

UJIAN 1 (OBJEKTIF) (20 MARKAH)

KERJA KURSUS

TUGASAN 1 INDIVIDU – Penulisan Esei (5 MARKAH)

TUGASAN 2 INDIVIDU – Komentar dan Ulasan Buku (5 MARKAH)

PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (Pilih Esei Terbaik Sesama Ahli (5 MARKAH)

BUKU KERJA – Individu (10 MARKAH)

3. Laporan TEMUBUAL/WAWANCARA TOKOH (10 Markah)

4. PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEKTIF) (40 MARKAH)

UJIAN PERTAMA

Akan dimaklumkan tarikhnya.

20 markah penuh

40 soalan objektif

Arahan Khusus Tugasan Penulisan Esei (Tugasan 1) (5 Markah)

1. Pilih apa-apa tajuk berkaitan dengan isu semasa mencakupi aspek hubungan etnik atau topik-topik penting dalam Modul Hubungan Etnik.

2. Dapatkan pengesahan pensyarah terlebih dahulu.

3. Buat peta minda dan bincang dengan Profesor. Jika tidak markah akan dipotong.

3. Dapatkan 5 rujukan utama untuk tujuan penulisan.

4. Tugasan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu; dengan tidak melebihi 15 halaman dan tidak kurang daripada 7 halaman.

Rangka kandungan ringkas (content outline) (Tugasan 1 sahaja) seperti berikut:

Prakata

Penghargaan

Kandungan dan halaman

1. Pendahuluan

2. Definisi

3. Permasalahan dan Persoalan Kajian

Sambungan

4. Kaedah Penyelidikan

5. Cadangan/Saranan

6. Kesimpulan

7. Bibliografi

* Mesti disertakan footnote bagi setiap petikan, fakta atau maklumat.

Arahan Khusus Penulisan Ulasan Buku (Tugasan 2) (5 Markah)

1. Pilih mana-mana artikel buku yang berkaitan hubungan etnik.

2. Buku mestilah berbahasa Inggeris atau berbahasa Melayu; akan tetapi diulas ke dalam bahasa Malaysia dengan tidak kurang daripada 8 halaman.

3. Terjemahkan dahulu buku tersebut sebelum diulas.

4. Sebelum diulas, setiap buku berbahasa Inggeris atau berbahasa Melayu mestilah mendapat kelulusan saya terlebih dahulu. Sila download daripada internet dan cetak serta dapatkan pengesahan saya.


Apa Yang Perlu Ada Dalam Tugasan Ulasan dan Komentar Buku?

1. Isi-isi pokok yang dibincangkan oleh penulis asal. Diolah semula dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

2. Pandangan anda sendiri mengenai buku tersebut dari segi isi, perbincangan dan keilmiahan.

3. Komen dan kritikan anda mengenai buku tersebut.

4. Nyatakan kekuatan dan kekurangan buku tersebut.

5. Pandangan anda mengenai gaya bahasa, persembahan dan seumpamanya berkaitan buku tersebut.

FORMAT KEDUA-DUA TUGASAN

Tajuk dan halaman hadapan mestilah bertaip dan mempunyai maklumat lengkap seperti tajuk, nombor matriks, nama, program, nama pensyarah, logo dan seumpamanya (Contoh diberikan)

Tulis tugasan anda one-sided sahaja bukannya double sided.

Bahagian permulaan tugasan (esei dan lawatan sahaja) mesti mempunyai PRAKATA:

Setiap penulis mesti menyumbang satu PRAKATA dengan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

PRAKATA ini memperihalkan pengalaman melakukan tugasan, faedah dan ilmu yang diperolehi, kerjasama berkumpulan, kesukaran dan kepayahan, cabaran dan rintangan, bidang tugas setiap ahli kumpulan, respon keluarga dan rakan.

Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan

Tarikh akhir penghantaran kedua-dua tugasan (1 dan 2) ialah pada minggu kesembilan

Kedua-dua tugasan mestilah dihantar serentak.

Tugasan temubual/wawancara tokoh – Minggu Kesepuluh

Persembahan dalam Perisian Powerpoint dan Tarikh Pembentangan

Buat persiapan tugasan temubual/wawancara tokoh untuk tujuan pembentangan.

Sediakan slide yang mengandungi tidak kurang daripada 10 slide untuk dibentangkan.

Slide mesti mengandungi sedutan klip video temubual.

Masa bagi pembentangan ialah 15 minit sahaja.

Markah terbaik akan diberikan kepada pembentangan terbaik.

Pembentangan akan bermula pada minggu ke 10.

PEMBAHAGIAN MARKAH

Kerja Kursus mencakupi 60% daripada keseluruhan markah penilaian kursus.

Setiap tugasan dan pembentangan akan dinilai berdasarkan item dan pecahan peratusan berikut:

       Isi                               60%        Gaya & Bahasa         30%        Rujukan                     10%              


LEWAT!!!

Penghantaran lewat: Markah akan ditolak pada kadar 2 markah sehari kelewatan.

Temubual/wawancara Tokoh

Cari maklumat mengenai tokoh-tokoh yang ingin ditemubual.

Pilih tokoh-tokoh untuk ditemubual dan dapatkan keizinan saya terlebih dahulu.

Pilih salah satu daripada tajuk di bawah untuk sesi temubual bersama tokoh.

Gubal deraf soalan dan bawa berbincang dengan saya untuk mendapatkan keizinan saya sebelum sesi temubual.

Topik Temubual

Benarkah wujudnya polarisasi kaum di Malaysia?

Halangan dan cabaran perpaduan nasional di Malaysia.

Faedah dan Manfaat Program Latihan Khidmat Negara.

Bagaimana merealisasikan perpaduan nasional di Malaysia.

Fungsi dan keberkesanan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam memupuk perpaduan nasional.



Topik Temubual

6. Bagaimanakah Islam Merealisasikan Perpaduan?

7. Apakah hasil dan manfaat daripada kajian-kajian mengenai hubungan etnik?

8. Hubungan Muslim-Non Muslim Di Malaysia.

9. Gagasan 1Malaysia dan kejayaannya.

10. NKRA dan kejayaannya setakat ini.

11. GTP dan kejayaannya setakat ini.

Sambungan..

12. Nasib Bumiputera di Luar Bandar.

13. Sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil.

14. Dialog Peradaban: Apa, Bila, Di mana?

15. Isu Semasa Dalam Hubungan Etnik.

16. Bagaimana memperkukuhkan hubungan etnik?

17. Bagaimana mengelakkan konflik kaum?


Buku Kerja (Work Book)

1. Buku kerja merupakan tugasan mingguan.

2. Buku kerja bersama soalan akan diberikan pada setiap minggu.

3. Jawab semua soalan yang diberikan di atas kertas kajang (note pad berukuran A4) dan kumpulkan semuanya dalam satu note pad.

4. Serahkan semuanya pada minggu ke 9 (sembilan)

5. Markah penuh diberikan kepada jawapan paling tepat.

6. Cari maklumat di perpustakaan atau melalui internet.



KEHADIRAN/PENGLIBATAN

Kehadiran penuh adalah suatu kemestian.

Jadi, jangan ponteng kuliah kecuali bagi kes kecemasan dan kesihatan.

Bagi kes kesihatan, sila dapatkan MC daripada Pusat Kesihatan Universiti.

Penglibatan pula bermaksud keaktifan pelajar dalam kuliah, kehadiran kuliah dan berjumpa dengan saya berbincang masalah akademik atau pembelajaran.

Markah bonus akan dimasukkan dalam markah buku kerja.

Blog Dr. Amini Amir Abdullah

Followers Dalam Blog Saya

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan

Download Artikel Untuk Meluaskan Pengetahuan



Nostalgia

Nostalgia
YB Yang Bijak